Monday 30 January 2012

dunia

Senyum aku
Semua tahu
Sakit aku?
Sedih aku?
Ada orang tahu?

Gembira aku
Ramai dtg
Sedih aku
Semua hilang

Inilah dunia
Inilah kehidupan
Tiada guna
Mana ada kawan
Ada kegunaan
Baru dipuja-puja

Tapi ada aku kisah
Kerana aku tahu
Aku ada dia
Yang sentiasa disisi

Bonekatua
31/1/2012 - 1424

Tuesday 3 January 2012

kini ia hadir

Aku langsung tidak sedar
Bila ia hadir
Tp aku pasti
Aku menginginkan ia

Aku langsung tidak sedar
Bila ia hadir
Tp aku pasti
Ia cukup indah

Aku langsung tidak sedar
Bila ia hadir
Tp aku pasti
Ia mampu buat ku tersenyum

Aku lansung tidak sedar
Bila ia hadir
Tp aku pasti
aku merindui ia

Aku lansung tidak sedar
Bila ia hadir
Tp aku pasti
Aku tidak mahu ia hilang

Bonekatua 3.1.12 - 2050

cahaya merah

Gelap yang kelam hilang
Sunyi yg dulu pergi
Kosong kini terisi

Malam kini diterangi
Walau tiada lampu disisi
Cukup hanya berteman
Cahaya merah dr bb ini

Bonekatua 2.1.12 2330

Sunday 18 December 2011

pakcik tak kisah pon

tah la. sekarang ni pakcik macam suka pulak nak tulis puisi.
padahal tak pandai pon nak berpuisi ni.
dan pakcik tau puisi pakcik macam bodoh sikit.
yela kan..nama pon pakcik..otak dah tua.tak pandai dah nak berpuitis ni.
ahaha.

k la pakcik nak tidur. assalamualaikum

boneka

Ya..aku seperti kamu
Punya mata
Punya teliga
Hidung
Mulut
Semua anggota badan
Yang kau ada aku ada

Tapi aku tidak bernyawa
Tidak punya hati
Dan perasaan
Seperti yang kau ada
Ya..itulah aku
Si boneka

Aku hanya mampu mengikut arahan
Arahan yang tuan ku berikan
Tali ini lah yang menggerak kan ku
Yang di jaga oleh jari-jarinya

ditarik tali ke kiri
Ke kiri lah aku
Ditarik tali ke kanan
Ke kanan lah aku
Aku tidak mampu melawan
Kerana aku hanya lah boneka

jika aku diberikan sedikit kekuatan
Akan ku lepaskn diri ini
Bebas tanpa tali-tali itu
Yang sentiasa menghad kan pergerakan ku
tanpa tali itu aku tahu dan yakin
Aku mampu bergerak bebas
Bebas seperti kamu
Tapi aku tahu aku tidak mampu
Kerana aku boneka

Jangan lah kamu menjadi seperti ku
Kerana kamu punya ape yang aku tiada
Kamu punya kekuatan itu

Mohammadhafizjaini
19.12.11. 0125

Saturday 17 December 2011

semangat

Putaran itu
Pusingan itu
Ye itu yang aku benci
Pening isi kepala ini
Yg kenapa sentiasa berpusing

Kenapa tidak aku
Cuba sahaja berhentikan pusingan itu
berhentikan bila aku sentiasa di atas

Ya! Aku igin di atas
Dan terus diatas


Mohammad hafiz jaini
6\12\11 - 1915

gelora

Diam aku seketika
Menahan gelora yg dtg tiba-tiba
Kejang kaki-kaki ku
Ku biar terlunjur menahan
tubuh ku dipeluk sendiri
Oleh gelora yg datang
Akibat kesakitan itu

Ku cuba menahan lagi
Makin erat pelukan ku
Pejam mata
Barangkali dapat membantu

Arhhhh...
Hati ku menjerit
Itu yang aku mampu
Tidak akan ku biarkan
Sekeliling mengetahui keperitan ini
Biar aku tempuhi sendiri
Kerana aku tahu mereka tidak pernah mengerti gelora ini

Arhhhh.jerit lagi dan lagi
Kali ini aku tidak dpt menahan la...
Lemah tubuh ku
Kaki yg kekejangan tadi ku biar kan longlai
Hanya pejam mataku dah redha
Itu yang aku mampu
Barangkali seminit lagi aku mati


Mohammadhafizjaini
12.12.11 - 10.oo