Sunday 18 December 2011

pakcik tak kisah pon

tah la. sekarang ni pakcik macam suka pulak nak tulis puisi.
padahal tak pandai pon nak berpuisi ni.
dan pakcik tau puisi pakcik macam bodoh sikit.
yela kan..nama pon pakcik..otak dah tua.tak pandai dah nak berpuitis ni.
ahaha.

k la pakcik nak tidur. assalamualaikum

boneka

Ya..aku seperti kamu
Punya mata
Punya teliga
Hidung
Mulut
Semua anggota badan
Yang kau ada aku ada

Tapi aku tidak bernyawa
Tidak punya hati
Dan perasaan
Seperti yang kau ada
Ya..itulah aku
Si boneka

Aku hanya mampu mengikut arahan
Arahan yang tuan ku berikan
Tali ini lah yang menggerak kan ku
Yang di jaga oleh jari-jarinya

ditarik tali ke kiri
Ke kiri lah aku
Ditarik tali ke kanan
Ke kanan lah aku
Aku tidak mampu melawan
Kerana aku hanya lah boneka

jika aku diberikan sedikit kekuatan
Akan ku lepaskn diri ini
Bebas tanpa tali-tali itu
Yang sentiasa menghad kan pergerakan ku
tanpa tali itu aku tahu dan yakin
Aku mampu bergerak bebas
Bebas seperti kamu
Tapi aku tahu aku tidak mampu
Kerana aku boneka

Jangan lah kamu menjadi seperti ku
Kerana kamu punya ape yang aku tiada
Kamu punya kekuatan itu

Mohammadhafizjaini
19.12.11. 0125

Saturday 17 December 2011

semangat

Putaran itu
Pusingan itu
Ye itu yang aku benci
Pening isi kepala ini
Yg kenapa sentiasa berpusing

Kenapa tidak aku
Cuba sahaja berhentikan pusingan itu
berhentikan bila aku sentiasa di atas

Ya! Aku igin di atas
Dan terus diatas


Mohammad hafiz jaini
6\12\11 - 1915

gelora

Diam aku seketika
Menahan gelora yg dtg tiba-tiba
Kejang kaki-kaki ku
Ku biar terlunjur menahan
tubuh ku dipeluk sendiri
Oleh gelora yg datang
Akibat kesakitan itu

Ku cuba menahan lagi
Makin erat pelukan ku
Pejam mata
Barangkali dapat membantu

Arhhhh...
Hati ku menjerit
Itu yang aku mampu
Tidak akan ku biarkan
Sekeliling mengetahui keperitan ini
Biar aku tempuhi sendiri
Kerana aku tahu mereka tidak pernah mengerti gelora ini

Arhhhh.jerit lagi dan lagi
Kali ini aku tidak dpt menahan la...
Lemah tubuh ku
Kaki yg kekejangan tadi ku biar kan longlai
Hanya pejam mataku dah redha
Itu yang aku mampu
Barangkali seminit lagi aku mati


Mohammadhafizjaini
12.12.11 - 10.oo

selamat malam

bunyi berlari pergi,
sepi menjelma kini,
cahaya sang bulan samar menerangi bumi,
dikala mata tidak lagi dapat berdiri.

ah persetan kan semua di pagi hari,
disaat kau bangkit dan berlari,
kini tiba masa utk kamu pergi,
menerokai semua mimpi2 misteri.

rehatkan lah pancaindera puteri,
untuk diguna di siang hari,
bersama kita selami mimpi,
selamat malam wahai bidadari.


Mohammadhafizjaini

Monday 12 December 2011

kaki aku aku punye

Kisah kau dan aku?
Sumpah sampai mati aku tak kan lupe

penah juga kau mencincang hati ni
hancur, sumpah sakit kau tau!

Bkn 1 , bkn 2
Habis jari2 tngan kaki ku guna utk mngira
Smpai ku pinjam jari teman baik disebelahku

Mujur ada teman disebelah
Boleh mmbantu ku mengira

Hilang arah ku
Namun ku kuat kn juga kaki ini
Pasal aku tahu
Kaki ni la yg akan bawa ku
Bkn kaki kau

Boneka tua
6.12.11-2130

JAHIL

Di sudut sempit itu.
Kaku aku.
Mencangkung aku
Tangan dikepala
Geleng kepala ku

Ape yg penah dialir,dikunyah masuk dalam tubuh ku
Panas, busuk, jijik
Kejahilan yg tersinggah
Ku telan jua
Iginkan kepuasan katanya
Igin cuba segalanya juga katanya

Tidak penah takut
Akan catitan di bahu kiri

Tidah penah ade setitik ketakutan
Tidak penah ade setitik rasa bersalah
Biarpun setitik
Aku rasa ia mencukupi bila ia terkeluar dari minda sempit ini
Minda yg penuh kejahilan

Salah? Dosa?
Ya, itu pasti

Tapi
Hasutan laknat langsung menjadi.

Di sudut sempit itu
Ku hentuk kepala ini

Ku mahu berhenti
Ku mahu tinggal kn gelap yang jahil ini
Ku mahu peronyok kan kejahilan itu dan ku mahu lontarkan nya ke dalam lubang sampah yg memang sesuai dengan nama nya


Mohammad hafiz jaini
6.12.11 - 0600

Wednesday 9 November 2011

MOS

Korang penah dengar BINATANG ni??
"METHOD OF STATEMENT"
Agak nak termuntah gak pakcik dengar benda ni.
Dalam bulan ni je pakcik kena siap kan 4 MOS.
Agak menyampah jugak pakcik dengan binatang ni.
Tapi nak buat macam mana kan. Dah tu kerja yang pakcik dapat 
dari 'leader' pakcik. Nak tak nak pakcik kena la siap kan jugak.
Penah jugak pakcik mengadap pc 8 jam pasal nak buat banda tu ja.
Naik juling jugak mata pakcik.

Tu je la pakcik nak cerita ni.
k la. Selamat malam.

Wednesday 21 September 2011

rama-rama ƸӜƷ

Dengan mata yang masih terpejam, pakcik terus meraba mencari telefon pakcik yang biasa nya pakcik letak sebelah bantal je.
Berbekal kan sebelah mata yang hanya terbuka separuh, barangkali separuh pon tak cukup, pakcik melihat paparan telefon.kelihatan 1 msg diterima.

********
Pakcik membaca  sambil tersenyum lebar dan hati yang berbunga-bunga. walaupun hanya lah msg selamat pagi yang pakcik terima.

ƸӜƷƸӜƷƸӜƷ

Monday 12 September 2011

KENA GAME LAGI LA SIAL

***hei si gadis yang manis..tet tet tet tet***
Bunyi ringtone pakcik yang agak vintage yang kadang mengimbau zaman pakcik muda-muda dulu.

"Hello.aku kat bawah dah ni". orait aku turun sekarang.
Leader pakcik call untuk memberi tahu beliau sudah sampai di rumah pakcik.
Pakcik pon menggalas beg besar pakcik.dah macam nak gi bercuti seminggu.padahal kerja 3 hari je.

Setiba nya pakcik di bawah pakcik pon meliar kn mta pakcik mncari lori kepunyaan leader pakcik tu.tetapi batang hidung lori tu pon tidak kelihatan. barangkali lori takda btang hidup.

"Babi!! kena game lagi aku" .

teriakan pakcik sambil menghempas beg seberat 1o tan ke lantai. belekuk jugak lantai tu. Mau x angin.dua kali dah jadi macam ni.orang keliling melihat pakcik seperti ingin tahu ape yang berlaku.ah persetan kan semua tu.

Pakcik pon menunggu lori kepunyaan leader pakcik sambil menyalakan rokok.hampir 1 kotak juga pakcik menghisap rokok yang membahaya kan kesihatan tu baru la lori sampai.

**Kami pon meneruskan perjalan untuk ke bukit merah***

Macam biasa la leader gua.mesti layan lagu iron maiden punye.pakcik rasa dari mule pakcik keje situ sampai la ari ni memang lagu tu je l dia pasang bila naek kereta. naek mual gak tekak pakcik ni dengar.haha

"Woih!! pehal berat je mata ni"? berbisik pakcik. ah barang kali syaitan gemok ni bergayut sambil pakcik menggosok mata.barangkali dengan menggosok mata jtuh jugak la syaitan tu bergayut..tp tak mau gak jatuh syaitan tu.

***arhhh... ngantuk ni beb.macam mane pakcik nk continue tulis blog pakcik ni..hahah.bye2 pakcik tidur dulu...

Pagi hari

###"woi ko tak kerja ker!!" ##
Sambil mengetuk-ngetuk pintu.

Tu la jam loceng pakcik tiap-tiap pagi. kadang-kadang loceng tu datang sekali dengan gempa bumi. nak je pakcik pelempang kawan pakcik tu. dah la pendek.tapi dia kacak.

Memekak je pagi-pagi. jeles dengan pakcik la tu pasal dapat tidur lama.bukan pe,pakcik masuk kerja pukul 9.tapi tak payah nak 'punch card'. so kisah la pukul bapa pon nak datang. hahaha

Pakcik pon mencapai rokok pakcik dan nyala lah iya.fuhhhh. memang nikmat pagi-pagi isap rokok. rasa masin-masin je rokok tu. hahaha

Dengan keadaan kain pelekat yang hampir terlondeh yg boleh menyebabkan terlepas nya burung belaan,pakcik pon lincah mencapai tuala yg agak best bau dia. Ah ape pakcik kesah.pakcik je pon nak guna.

Pastu pa lagi pakcik pon gi mandi dan pegi kerja la.tak kan benda ni pon pakcik nak citer kan. haish...

**TAMAT**

P\s-sebenarnya pakcik tak tau nak citer pe.hahaha
 

Sunday 28 August 2011

U.S.O.P

Kali ni pakcik nak cerita pasal bos pakcik.
***USOP***
Ni bukan nama sebenar.Ni nama panggilan a.k.a nama manja dia.
Nama betul dia pakcik pon tak tau.jenuh gak pakcik tanye tapi takde nya dia nk bgtau.
Dia ni niaga kedai spec kat uptown.pakcik buat part time kat kedai dia.ye la nak cari duit lebih cikit kan.nak harap kan gaji pakcik memang tak cukup.
Tapi pakcik bukan nak citer pasal gaji ke apa. cuma pakcik nak cerita pasal bos pakcik ni.

Usop ni memang baik.tak penah nak berkira.kacak pon kacak.paling  penting dia ni single lagi.kalau lu orang nak kenak bagitau je pakcik.hahaha. tu pon kalau lu org hot la.tak cun tak nak.kahkah

Dia ni kalau gelak memang tak ingat orang sebelah. dia buat tempat tu macam tempat orang. pastu kalau lu orang duduk sebelah dia lu orang kene siap sedia la nak kena tampar ngn dia.hahaha.kalau dia gelak tangan dia mesti nak tampar badan lu orang
Sakit memang tak ingat la.

Pakcik respek dia ni pasal dia pandai berdikari.lepas sekolah dia terus meniaga kat uptown ni. sampai la sekarang. alhamdulillah perniagaan dia semakin maju dah berkembang. pakcik harap anak-anak muda sekarang dapat mencontohi bos pakcik ni.
***
Dah la,pakcik nak tidur ni.k assalamualaikum

Tuesday 23 August 2011

JIJIK LA

***
Pui pui
***
Jijik la politik lu
Tak payah la lu nak bagi banda tu pon lu nak pilih bulu
Bagi la sama rata

******
Cerita kali ni tersirat cikit
Lu orang tak paham pakcik mintak maaf
Tapi pakcik nak gak cerita banda ni
Memang sangat jijik

K la assalamualaikum

SIAL LA LU ORANG!!

***
Tajuk tu tak da kena mengena pon dengan apa yang pakcik nak cerita kali ni.hahah
***
Pa yang pakcik nak cerita ni pasal job yang pakcik buat nak dekat raya ni. Biasa la nk dekat raya kan.kena la cari duit lebih cikit untuk bagi duit raya kat cucu-cucu pakcik.
Bukan main ramai cucu pakcik.
Ni gara-gara anak-anak pakcik yg tak pandai 'play safe' la ni. haishhh
***
Pakcik tolong kawan pakcik kat uptown shah alam jual spec. Setakat frogskin tu pakcik jual RM15 je. Lu oranh beli sampai beribu buat pa.Pakcik siap tukar-tukar lagi kalau dah bosan.hahaha.
***
Malas la pakcik nak cerita panjang-panjang.penat je tangan nak menaip. bukan lu orang nk datang pon.
Tapi kalau lu orang datang pakcik boleh bagi harga baik punye. lu orang ckap ja lu orang ni 'follow bonekatua'. hahaha
***
K la kat bawah ni pakcik attach picture untuk lu orang.
Tu baru sikit.nak tongok lain-lain lu org datang ja uptown shah alam.
K chow..opsss assalamualaikum

P/s: pakcik nk upload pict tp xleh plak pasal pakcik pakai hp je ni..

Sunday 21 August 2011

Hantu Pocong

*****************
'Woi lu baru balik ker?, dah lewat ni baru balik.'
Sakdon menyapa pakcik.
Pakcik tanpa menghirau suara-suara sumbang
Basri tu terus berlari-lari anak menuju ke bilik pakcik
Dan terus merebah badan pakcik yang agak sasa ni.

***kroohh kkrrooohhh***

'Arh sial pe bunyi ni pon boleh sampai dalam bilik aku'.
Ujar hati pakcik dengan nada yang sopan santun.

***Dushhh***

Bunyi pakcik menutup pintu dengan menendang dalam keadaan baring.
Nak bangun memang tak larat dah. 
Dah tutop pintu kurang la sikit buny-bunyi sialan tu.
Tp ada gak la terlepas bunyi tu. tapi pakcik buat tak dengar je la sikit-sikit bunyi tu.
Kira halal la.

Pakcik pon melabuh kan mata dengan tenang. 
#
#
**zzzaaassh**
Bunyi libasan maut tangan pakcik menghalau nyamuk. 
'Sialan nye nyamuk kacau gua nak tidur'
Rungutan pakcik smbil mata masih lagi tertutup melayan tidur.
Nyamuk semakin ganas mengganggu. Barangkali jeles dengan bau pakcik
Yang agak best pasal seharian tak mandi.

Disebabkan sifat panas baran yang mengalir dalam darah pakcik dari keturunan bugis 
lantas membuka mata untuk mencapai tongkat untuk mngetuk kesemua nyamuk2 yang ada.

Kelihatan lembaga putih tergantung di sebalik pintu bilik pakcik.
Lantas pakcik terus menutup mata serta merta.konon-konon xmau kantoi la ngn lembaga tu yang pakcik nampak dia.
'Arh sudah, pehal lak banda ni boleh timbul depan mata gua pulak ni.
Celaka ape la.tak da tempat lain ke nak bergayut.' 

Bermonolog dalaman pakcik dengan nada yg agak cool smbil tegak semua 
Bulu-bulu pakcik. yang tak patut tegak pon nak gak menyibuk tegak.
Biasa la bangun tidur. kah kah
***
Sambil memberani kan diri pakcik, pakcik mngintai untuk melihat wajah lembaga tu. barangkali cun, boleh gak mintak no fon. 
Kelihatan lembaga tersebut masih melihat tajam ke arah pakcik.
Pakcik membuka mata sebesar yang boleh untuk melihat lebih jelas wajah beliau.

' arh  sial ape seluar aku buat kat situ. kah kah '

Ketawa kecil pakcik sambil bekata 'bodoh gak aku ni rupenya'










Tuesday 16 August 2011

Anjing

Perangai lu macam hanjing kan
Tak pasal-pasal kucing gua mati pasal perangai hanjing lu tu

Dasar hanjing

Monday 15 August 2011

woih woih..mana pergi sifat tolak ansur lu org ni

Pakcik bukan la nk membebel ke apa kan.Tapi lepas je banda ni kena kat pakcik baru la pakcik sedar yang rakyat malaysia ni dah kurang sifat tolak ansur dieorang. Susah la nak cakap, kereta pakcik tak boleh gerak langsung.

Pakcik pon tak ingat la bila benda ni jadi. tapi dalam bulan puasa la. Ni mesti kes suma orang tak sabar nak pergi bazar ni. tak pun nak berbuka kat rumah. Kalau ye pon la dah tak sabar, tolak ansur la kan. Ni tak suma nak cepat. pastu langsung suma tak boleh gerak. HAHAHAHA.. opssss.. nak tercabut plak gigi palsu ni gelak..

ok la..  tu je la pakcik nak pesan.. tak kan la lampu isyarat rosak pon dah jadi macam ni kan..renung renung la.





Wednesday 25 May 2011

Lu orang tau pe tu LATIHAN??

LATIHAN = KERJA
LATIHAN = TUGASAN YANG DIBERI

Lu orang mesti bg jawapan ni kan.. 
Tp bos pakcik ni dia x terima jawapan ni. dia cakap orang bagi jawapan ni suma otak ada kekaratan.
Jawapan kat atas tu jugak la pakcik bg.. haha.. pe lagi memang kena kekaratan la pakcik..

Lu orang nk tau pe jawapan bos pakcik nak ?

LATIHAN = MENGIKUT PERINTAH

Tu la jawapan dia.. @.@

Thursday 31 March 2011

POTRET PAKCIK LUKIS MASA MUDA-MUDA

'fuhhhhhh'

Terbongkok-bongkok pakcik mengemas harta pusaka pakcik ni...Nak cari potret-potret lama yang pakcik penah lukis dulu.. sebenarnye agak berseni gak pakcik ni..Tp xde la pandai sangat..

Ni je la yang pakcik sempat lukis masa muda dulu..kalau sekarang ni nk suruh pakcik lukis...ermmmm xtau la jadi pe nanti potret tu.. nak bejalan pon kene pakai tongkat kepala naga pakcik tu.. ni lagi nk pegang pensil...

Korang layan la ye potret-potret pakcik ni...





KETAM KE?? KE KUMBANG??

Agak lama gak la pakcik x update blog pakcik ni kan...ni sume gara-gara binatang yang nak kata ketam pon x..kumbang pon tak..babi???lagi la x..hahahaha..

Ni la yang pakcik sibuk sangat ni..kalau pakcik x siap kan binatang ni, mau mengamuk si AMRAN tu..haish...tp xpe la..kalau die x push pakcik, mmg pakcik malas giler nak buat..hahaha

binatang ni la yg pakcik sayang sekarang ni. pasal ni la projek tahun akhir pakcik..arap2 binatang ni bawak tuah kat pakcik dan boleh la pakcik konvo taun ni..heheheheh..

kat sini pakcik letak video robot ni..pape hal comment la pape yang patut k..leh pakcik upgrade cikit binatang ni ...

Tuesday 8 March 2011

BUAIAN BERLUBANG

********************************************************
'P A K C I K   B O N E K A . . . . P A K C I K   B O N E K A !   !   !   !   . . . . . ' 

Kedengaran suara-suara sumbang petang-petang di kala pakcik nak melelapkan mata pakcik ni yang boleh tahan la sayup nye..dh macam ade setan yang gemok gemok buat party je rasa berat mata ni..

Pakcik dah agak dah ni mesti suara-suara orang-orang kampung ni..Mesti ada yang tak kena dengan kampung ni..Apa-apa banda mesti nak ada pakcik.. Erm....pakcik bukan la nk bangga diri sangat..tapi ada la sikit tu nak bangga...hahahaha..Kat kampung ni memang sikit-sikit mesti nak ada pakcik..kira pakcik ni la orang paling power kat kampung ni...

Dengan nada agak sempoi la..." ha..ada apa masalah ni "??

"Tu ha pakcik...Mak Limah ujung kampung tu mengandung lagi.Padahal laki dia tu dah lama lumpuh.bangun pon tak boleh".ujar sorang penduduk kampung yang botak kepala nya akibat pakcik la..pakcik cukur rambut die pasal masa pakcik bawak ferrari pakcik dia boleh je selambe badak potong kereta pakcik..mahu tak hangin...padahal mamat tu naik kancil turbo je..haish...

Pakcik pon mencapai tongkat berkepala naga dan kain pelekat pakcik dan melipat kain pelekat tu , ala macam korang selalu tengok dalam cerita-cerita melayu time orang tu nak mengamuk tu......Pakcik dan orang-orang kampung pon bergegas ke rumah Mak Limah...

********************************************************

KEBUSS!!! (macam ni ke bunyi kalau tendang pintu papan??hahhaha)

Pakcik dengan gaya otai kampung, menendang rumah Mak Limah tanpa memberi salam.
(jangan tiru aksi ini.bg salam dulu kalau nak masuk rumah orang)
dan terus melihat di dalam rumah. Kelihatan Mak Limah sedang  menyuap kan cekodok pisang ..(barangkali la cekodok pisang..pasal pakcik nmpak bulat-bulat je.) ke dalam mulut Pak Leman..

OPOCOOOOTTTT!!!! (Latah Mak Limah)

( p/s: bace dengan nada melayu lama)

"Ada masalah apa ni Pakcik Boneka". ujar Mak Limah..

"Sudah Limah..jangan engkau berpura-pura di depan laki mu itu seperti tiada apa yang berlaku..Lebih baik kamu berterus terang sahaja ,kerana sudah kecoh perbuatan terkutuk kamu itu"
"Perkara terkutuk apa yang kalian maksud kan ini..Sumpah Limah tak berbuat apa-apa..Sumpah abang"...

"Jadi apa maksud nya di dalam perut mu itu?? anak siapakah itu..??Sedang kan Pak Leman tidak lagi mampu berjalan akibat lumpuh..Makan pon bersuap..ini kan pula mahu membuat anak".. ..ujar mamat kepala botak td.

"Sampai hati kalian menuduh Limah membuat perkara terkutuk itu.Sudah tentu anak ini anak suami Limah"..
"Jikalau kamu Limah tidak melakukan perkara itu, mana bukti nya,,Buktikan kepada kami yang Anak itu anak kamu dan suami kamu"..

"Baik lah.mari ikot Limah ke dapur"..Limah berkata dengan tenang ..

*****************************

"Itu bukti nya"..ujar Limah dengan nada yang agak x puas hati la sambil menunding jari kearah buaian...

Pakcik pelik jugak kenapa tunjuk buaian tu..nak buat lawak barang kali..panas jugak hati pakcik ni..lalu pakcik mengankat tongkat berkepala naga pakcik lalu berkata " Limah..jangan engkau membuat alasan palsu mu itu..bukti kan kepada kami..pe kena mengena dengan buaian kamu itu??'

Lalu Limah mengankat buaian itu dan menunjuk kan lubang di buaian itu dan berkata.. " ini lah bukti nya yang anak dalam perut ku ini adalah anak aku dan suami aku'...

hahahahaah!!!!satu kampung gelak guling-guling dapat tau pasal banda ni..tp pakcik kena la cover cikit gelak..mau tercabut gigi palsu pakcik nanti...hahaha...

********************************sekian..assalamualaikum**********************


p/s- kene paham2 sendiri la k citer ni
-kalau masuk rumah org bg salam dulu
-jgn bersangka buruk ngn org lain

Monday 7 March 2011

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

kat sini pakcik nak nasihatkan pemandu2 supaya berhati-hati time bawak moto ke..kereta ke..lori ke..bas ke..ape2 je la k..pasal nyawa tu bukan boleh jumpe tepi jalan..bkn boleh beli kat bundle ..bkn leh cari kt kedai half-cut..kalau boleh cari n beli pakcik x kesah..

mmg la ajal tu kat tangan tuhan kan..tp kita mampu merancang dan tuhan menentukan k..lg pon kalau la bande tu x melibat kan org laen xpe la..ni org yang xbersalah pon terlibat sama kan..so masing2 la beringat k..

pakcik bukan ape..banda ni dah jd kat sepupu pakcik..dia terlibat dlm kemalangan dengan bas..hancur bersepai otak dia..pecah kepala..memang teruk sgt..meninggal kat situ jugak..sepupu pakcik tu muda lagi..baru abes spm..

pakcik dengar citer sepupu pakcik tu nak potong lori kat selekoh..tp x lepas..pastu bas langgar die..kpda pemandu2 semua...berhati2 la k time tgh memandu k..agak2 tak boleh nak potong, jangan la potong k..
pelan2 pon sampai gak kan..

pakcik harap kepada org2 yang bace citer ni , boleh la sedekah kn al- fatihah kepada roh sepupu pakcik tu k...

assalamualaikum

p/s- berhati2 lah di jalan raya

Friday 4 March 2011

SAYUR GILER!!!

Hahaha...pakcik nak story cikit ni...kawan baek pakcik asri sayur giler...sembang bukan maen lg ..BESO TAIK DARI JUBO.. pakcik pakai real madrid..asri plak pakai barcalona..maen pes 5 kali xpenah nk menang...ajak pakcik maen, ingat kn power giler..oakcik pon layan kn je la..ngn pakcik yg dah tua giler ni pon kalah gak..giler sayur..hahaha..tu je la pakcik nk citer ..
hahahahha

p/s-jgn pndang rendah kt org tua

Wednesday 2 March 2011

PENGGAL

Minggu ni pakcik agak bz cikit la..ngn keje pakcik la..projek la..assignment la..Ish tua2 pon xkan la ada assignmnt lg kn..hahahaha...

Pape pon minggu ni pakcik nak balik teluk intan pasal ada job sikit nak penggal kaki org..kasi kurang sikit tinggi die.
.
Dak tinggi lampai , lu tunggu gua kt sane k..gua nk penggal kaki lu..Ingat gua cakap gua ni ganas..bukan manja ke kelakar ke k..G.A.N.A.S.!.!.!

ROBOT PEROSAK..pakcik nak pinjam samurai lu kejap..Melaksana kan tugas pakcik..

SEKIAN..assalamualaikum

 

Tuesday 1 March 2011

GLORY-GLORY??

Haha..pakcik tak tengok game malam td pasal tak larat giler..lagi pon pakcik ade test esok petang nye..Pe lagi..usya live score je la..

Memula tu terjaga..terus capai tetikus pakcik ni dan terus open livescore..
Adoi sial tol la kalah..0-1..Dengan mata dah tak berapa bukak, pakcik pon tgok la... Oh baru halftime..Nasib baek..Pastu pakcik sambung tdo la balik..

******

Yeah!!!! 2-1.. dah fulltime...pakcik ngan bangun sambil bukak mata sebelah je tngok livescore senyum sorang2..dah macam orang giler dah..hahahhaa..Ah tak kisah la..penting CHELSEA menang..hahaha...
Gelak besar pakcik..Tp ...Asal pakcik gelak besar tp x tercabut lak gigi palsu pakcik ni??....oh lupe seelum tidur pakcik dah bukak..hahaha....

Thanks David Luiz, thanks Lampard...muah muah

GLORY-GLORY WHO????? :p

LANGGAR JE!

‘Woi!! Tak tau bawak kereta ker aper?? Nak laju je..kalau ye pon la ko tu dah lambat nak pegi kelas , tak payah la nak bawak kereta laju macam tu sampai nak langgar aku.Ada gak yang makan kasut saiz 9 aku ni’. Jerit ku sendiri dengan nada yang memang tersangat lah marah sambil mata ku terpaku di no plat kereta laju td..

‘Oh wpw 1604..Baru bawak kenari nak belagak plak’..
‘Ops..aku pon dah lewat ni’.. sentap hati ku berbaur geram dengan pemandu kereta kenari td.

‘Maaf prof saya lambat. Ada masalah td’..
‘memandangkan awak lambat 15 minit, saya nak awak jawab soalan di hadapan ni’.

Aku terus memandang ke arah soalan yang tulis oleh prof ayob di papan putih itu.. ‘fuh...nasib baik la aku ingat lagi soalan yang dia bagi ni’..

Aku pon terus kehadapan dengan muke yang tak tahu la dah tebal berapa inci..malu gak aku time tu..Arap2 betul la ape yang aku jawab ni...
Sesudah selesai aku menjawab soalan yang diberikan aku pon duduk la di kerusi yang telah di cop kan oleh member baik ku..

‘Weh asal ko lambat doh!’..ujar kawan baik ku , asri...
‘Nanti la lepas kelas aku cerita.’

****
‘Ok guys..See you tomorrow’.. ayat ni yang paling aku suke..aku la orang paling awal yang akan keluar kelas klu kelas dah abes..Pasal aku dah tak tahan dah dengan perot aku ni..Dah maen lagu metal agak nye..Lapar  tak hingat..

‘Weh abu rilek ar..ko laju2 nak gi mane pon..Bukan ade kelas pon pasni’.ujar Asri...
‘Ahhhh..aku dah lapar giler ni ko tau x sial.Jom2 cepat’..’Kalau ye pon ko nak cepat sangat, ceciter pe yang jadi tadi wat ko lambat datang kelas td.’ ‘ Ala citer kat kafe la..Ko naek aku je la senang sikit.'.

Aku pon membawa kenderaan pacuan dua roda ku menuju ke kafeteria yang menjadi tumpuan student2 kat sini..Pasal sambil makan leh la usya awek2 junior kat situ..Member2 aku cakap dak2 Junior cun2...haha..Nak gak cari sorang..Sedang aku memandu sambil melayan lagu yolanda- we no speak amaricano..Member aku ni memang giler lagu ni..

lalalalal~

OH SH**

'Pehal ko ni abu nak sh**2 x tentu pasal'..ujar asri dengan nada terkejut..
'Kenari ni la tadi doh!' 'Yela asal dengan kenari ni?'

'Kenari ni la punca aku datang lambat kelas, pasal dia nyaris nak langgar aku.Dah la tak benti keta langsung n nak say sorry..Aku hangin je..Rasa nak je aku langgar keta kenari dia tu.'.

'Rilek beb..Kita follow je keta tu..Aku macam rasa dia macam nak gi kafe gak tu..Lagi ponnnn.....'
'Lagi pon ape ko ni asri?'..'Erm...hehehehe....'
'Eh ko ni..Gelak pulak..aku picit tetek ko ni kang'..

Aku memang suke picit tetek member aku ni.Pasal member aku ni agak berisi la jugak..Tapi bukan aku ni pervert ke ape ke..Ni memang cara kiteorg bergurau...

'Hehe..Jangan la mcm tu Bu..Ok2..Aku macam nampak gadis je yang bawak kereta kenari tu..hehehe'..
'Memang la ko ni.. Pantang nampak dahi licin cikit'..

'Wah ko ni Bu..Dah macam apek je cara ko cakap..Dahi licin..Novel ape ko baca ni.haha'..Gurau asri sambil mengutuk member aku lagi satu..Apek nama nye..

Apek ni memang kuat guna ayat2 puitis..Dahi licin la, tu la, ni la..Pasal semenjak dua menjak ni, die asyik bace novel cinta je..Yela baru kenal awek baru..hehehe

Tiba di kafeteria sambil mata ketat memerhatikan kereta kenari yang berhenti tidak jauh dari kereta ku..

****
'Pergh'...'giler ah'

'Asal ko ni asri?'
'Yela..Ko tengok la minah yang bawak kereta tu..Nasib baik la die tak berhenti kereta dia masa nak langgar ko tadi..Kalau tak...mesti ko cabut lari nye..Dah macam monster dah aku tengok..hahahha'.

'Ish ko ni..agak2 la nak kutuk pon.Tp betul gak tu..Macam monster..hahaha'..Mau lari gak aku..
hahahha'..

'Assalamualaikum'....

Suara yang sungguh merdu yang datang dari arah belakang ku..Aku pon dengan pantas la menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan gadis yang memiliki suara sebegitu rupa..

'Eh Prof Miza... kenapa prof??

'Ni awak pijak kaki saya.'

'Ops..Mintak maaf Prof. Saya tak perasan.'

hahahaha rupa2 nya aku terpijak kaki prof aku sendiri masa aku tengah dok usya awek kuar keta td..hahaha..




p/s-kalau ye pon nak usya awek ke ape ke..jgn la sampai buat x tau je kat sekeliling..

--->sebenar nye pakcik nak buat cerita laen..nak try buat cerpen..tp tersangat la malas..so pakcik end la citer ni mcm ni..pakcik mintak maaf ye..hahaha..assalamualaikum

KUDA PAKAI HELMET (PART 2)

Macam yang pakcik cakap, kisah bangang pakcik ni jadi dua kali kot.

$%^&*((mencarut bahasa boneka)
Tapi yang kedua kali nya ni bukan pasal mamat yang muka x tumpah macam mat rempit yang pakcik nak cantas gune pedang samurai member pakcik si ROBOT PEROSAK tu..Tapi kali ni makcik yg agak cun jugak la kalau umur paras2 dah padam tu... Cerita dia macam ni...

******
Ding Dong!!!! Ding Dong!!!!

'Adoi..mahluk mane la datang rumah pagi2 buta ni..Kacau aku nak tidur je'.
pakcik mencapai tongkat berkepala naga pakcik...mane la tau kan ahlong nk kutip hutang ke,pencurik nak masuk rumah ke..Senang sikit pakcik ketuk kepala die..tp kalau pencurik nak masuk wat pe die tekan loceng..

'Eh biler pulak rumah sewa aku ada loceng ni?'
'Oh S*** alarm aku rupenye.'..

Dengan mata yang agak penuh dengan setan menenggek..pakcik pon mencapai phone pakcik dan melihat jam..

'BOB!!!!!! bangun...dah pukol 9.55 '
Pakcik terus capai tuala dan campak je segala2 yang pakcik tengah pakai time tu..Dengan agak cemas jugak la pakcik time tu..mau tak cemas..kelas pukol 10 kot..

*******
'Weh bob cepat cikit..dh lambat ni' jeritan pakcik yang agak manje..Pasal bob ni rumate pakcik yang agak 'comel' gak la..( mata keatas tangan diatas bahu )..

Dengan pantas pakcik memandu ferrari pakcik yang agak usang sikit la pasal asik kene parking kat luar rumah je kene panas dan hujan..Kesian jugak kat ferrari pakcik tu..

BOB - 'weh asal ngan makcik ni plak ni..nak tahan2 kete ko ni..dah la lambat nak mintak tumpang plak'..
PAKCIK - 'ade gak makcik yang kena paling ngn pau daging ni kang..aku dah la lambat ni'..(kasar jugak ayat aku ni )..

********
Dengan tidak menghiraukan makcik tua yang cun tu ..pakcik pon memandu dengan laju...

BOB- 'weh makcik tu kejar la'..
PAKCIK- 'giler pe la makcik ni nk kejar..xtau ke aku bwk ferrari'...

DUSH!!!! Makcik td melontarkan karipak yang agak keras gak la yang die beli kat warung tepi jalan tu..pakcik tau karipap tu keras pasal pakcik pon penah beli..

MAKCIK - ' woi ..ada helmet la mangkuk kat atas kereta ko tu'..

Amboi marah no makcik ni kat pakcik...Pakcik pon pe lg..benti la terus...hahaha..'Terima Kasih makcik' jawab pakcik sambil menghulur kan pau daging yg dah agak separuh la pakcik makan tadi tanda terima kasih...Pakcik pon beredar..

Dalam kereta pe lagi..gelak guling2 la sambil memegang erat gigi palsu pakcik pasal takot jatoh..
hahaha..malu gak klu jatuh time tu , pasal bob ada..mau kene bahan satu sem...

p/s : kalau ada orang nak tumpang kita kat tepi jalan, jangan la sombong sangat tak kasi tumpang.
--> PAU DAGING ( hasil pemberian ROBOT PEROSAK)
--> sori kalau cerita agak panjang..kalau agak2 malas nak bace tu kene gak bace...hahaha..assalamualaikum...

KUDA PAKAI HELMET

Ha....Ni citer betol2 Jadi kat pakcik...Pakcik rasa nk je benam ( tanam ) kepala pakcik ni dalam tanah time benda ni jadi..Nak cakap malu tu memang dah tersangat la malu nye pon..Paling pakcik tak boleh terima..bande ni jd dua kali kat pakcik..tp kalau 1st time yg jadi tu pakcik dah benam kepala pakcik dalam tanah..mesti yg kali kedua ni tak jadi kan..( pasal sure la pakcik dah mampos ).

Kejadian pertama :

Peh..Panas giler petang ni..(bisikan tekak pakcik ngn pakcik)..macam biase pakcik nak cari air la..haus lepas kelas..pakcik pon start ferrari pakcik tanpa melihat kiri kanan..pakcik pon naek la ferrari pakcik..dengan kaca mata pakcik yg tersangat la cool tu pakcik memandu dengan kacak nye..pastu pakcik selisih dengan sebuah kereta yg agak usang yg dipandu oleh anak muda yg tak berapa nk macho macam pakcik time muda2 dulu dan ditemani teman wanita beliau yg boleh tahan la cun nye..terliur gak pakcik tegok sambil meleleh darah kt idung pakcik..(pengaruh cerita korea betol la pakcik ni)..

Pakcik tengok mamat tu mcm tunjuk2 kete pakcik kat teman wanita nye..Pehal lak mamat ni tunjuk2 kete aku..tau la kete aku smart..( pakcik bermonolog dalaman seketika)..pakcik pon meneruskan perjalanan ke gerai yg pakcik selalu beli air yang agak murah la kat kedai tu..

Tetibe ada sorang mamak ni menunggang moto ape tah pakcik tak ingat la ..tp klu tak silap pakcik honda ex5 kot..Dengan muke yg memang x tumpah macam mat rempit kt kampung ni sambil helmet kedepan sikit dan duduk mesti la senget sikit baru la style,( macam biase la gaya mat rempit yang korang slalu tgok tu ) mamat tu menunggang kuda beliau di sebelah kuda pakcik sambil usya pakcik..( adoi lagi sorang nk usya kete aku plak..ye2 aku tau smart )..pakcik pon pe lagi usya ngan muke yg agak gangster la..mamt tu macam x cuak pon tgok muke pakcik ni yg ganas..mybe muke pakcik ni tak cukop ganas kot..ye la ramai gadis2 cakap pakcik ni cute..pasal tu la kot..

Pakcik pon tak macam agak tak puas ati ngn mamat ni..pe lagi ..pakcik pon bkak tingkap la kuda pakcik tu..igat nk cantas je kepala mamat tu guna pedang samurai member pakcik ( si ROBOT pendek ) tu..tp pakcik sabar dan buat muke tenang..

pakcik-ko ni nape???
mamat yang muke x tumpah macam mat rempit - tu ha pakcik..kete pakcik pakai helmet...
pakcik-ko ni buat lawak pe kete pakcik pakai helmet..pakcik cantas jugak kepala ko tu kang..
mamat yang muke x tumpah macam mat rempit- bkan buat lawak pakcik..tp betol atas kereta ferrari pakcik tu ada helmet.

pakcik pon pe lagi..simpan pedang samurai yg dipinjam dari ROBOT tu dan benti kn kete pakcik..dalam ati pakcik , klu mamat td tu kencing, pakcik cantas je kepala die tu...pergh............memang betol la ada helmet kat atas kete pakcik..hahahaha

dengan muke yg agak selamber pakcik amek helmet tanpa melihat orang disekeliling..dah tau dah org kat tepi2 tu sure gelak guling2 punye...Pakcik pe lagi..patah balik la..x jadi belik air..hahahha otw balik tu pakcik rasa nak penggal je org punye helmet ni..tp dlm kete tu pakcik guling2 gak gelak..hahaha..macam biase la klu gelak besar ni..terkeluar gigi palsu pakcik..
hahahhaah

p/s - bagus gak mat rempit kat kpg ni..hahaha

Boneka

Aduh..penat gak pakcik nk pikir nama blog pakcik ni..biase la kn..org dh tua..hahaha..last2 pakcik kasi nama boneka tua je la..senang citer pasal pakcik pon dah tua..hidup pon mcm boneka je..bkan pening pasal nk kasi nama blog je..nk buat design2 blog ni pon bape jam tah..pakcik pon x igt..

Yela..zaman pakcik dulu mane la nk ada bande2 alah ni..nk tulis2 benda mcm ni kt kertas ngn dinding sekolah je la..xpon tulis kat buku biodata awek2 kasi..adoi teringat plak pakcik kat awek lama pakcik..ni klu makcik korang tau ni mati pakcik kene sembelih.haha..pastu maen hantar surat gune burung merpati je..
hahaha..vintage sgt tu gune burung.hahaha..( gelak besar sampai tertanggal gigi palsu pakcik)..

Pakcik nk mintak maaf la kalau ada yg geli tengok blog pakcik ni macam kanak2..yela..macam orang2 slalu ckap,org yg tua ni yang nk dekat nyanyok, perangai mcm kanak2 cikit..haha..Tp x kisah la korang suke ke tak..Pakcik nk gak tulis kt sini..hahaha..

K la.pakcik nk siap2 pegi surau ni.kat mane lagi tempat pakcik kn..surau la..nanti kalau pakcik free pakcik citer lagi k..Assalamualaikum...