Sunday 18 December 2011

pakcik tak kisah pon

tah la. sekarang ni pakcik macam suka pulak nak tulis puisi.
padahal tak pandai pon nak berpuisi ni.
dan pakcik tau puisi pakcik macam bodoh sikit.
yela kan..nama pon pakcik..otak dah tua.tak pandai dah nak berpuitis ni.
ahaha.

k la pakcik nak tidur. assalamualaikum

boneka

Ya..aku seperti kamu
Punya mata
Punya teliga
Hidung
Mulut
Semua anggota badan
Yang kau ada aku ada

Tapi aku tidak bernyawa
Tidak punya hati
Dan perasaan
Seperti yang kau ada
Ya..itulah aku
Si boneka

Aku hanya mampu mengikut arahan
Arahan yang tuan ku berikan
Tali ini lah yang menggerak kan ku
Yang di jaga oleh jari-jarinya

ditarik tali ke kiri
Ke kiri lah aku
Ditarik tali ke kanan
Ke kanan lah aku
Aku tidak mampu melawan
Kerana aku hanya lah boneka

jika aku diberikan sedikit kekuatan
Akan ku lepaskn diri ini
Bebas tanpa tali-tali itu
Yang sentiasa menghad kan pergerakan ku
tanpa tali itu aku tahu dan yakin
Aku mampu bergerak bebas
Bebas seperti kamu
Tapi aku tahu aku tidak mampu
Kerana aku boneka

Jangan lah kamu menjadi seperti ku
Kerana kamu punya ape yang aku tiada
Kamu punya kekuatan itu

Mohammadhafizjaini
19.12.11. 0125

Saturday 17 December 2011

semangat

Putaran itu
Pusingan itu
Ye itu yang aku benci
Pening isi kepala ini
Yg kenapa sentiasa berpusing

Kenapa tidak aku
Cuba sahaja berhentikan pusingan itu
berhentikan bila aku sentiasa di atas

Ya! Aku igin di atas
Dan terus diatas


Mohammad hafiz jaini
6\12\11 - 1915

gelora

Diam aku seketika
Menahan gelora yg dtg tiba-tiba
Kejang kaki-kaki ku
Ku biar terlunjur menahan
tubuh ku dipeluk sendiri
Oleh gelora yg datang
Akibat kesakitan itu

Ku cuba menahan lagi
Makin erat pelukan ku
Pejam mata
Barangkali dapat membantu

Arhhhh...
Hati ku menjerit
Itu yang aku mampu
Tidak akan ku biarkan
Sekeliling mengetahui keperitan ini
Biar aku tempuhi sendiri
Kerana aku tahu mereka tidak pernah mengerti gelora ini

Arhhhh.jerit lagi dan lagi
Kali ini aku tidak dpt menahan la...
Lemah tubuh ku
Kaki yg kekejangan tadi ku biar kan longlai
Hanya pejam mataku dah redha
Itu yang aku mampu
Barangkali seminit lagi aku mati


Mohammadhafizjaini
12.12.11 - 10.oo

selamat malam

bunyi berlari pergi,
sepi menjelma kini,
cahaya sang bulan samar menerangi bumi,
dikala mata tidak lagi dapat berdiri.

ah persetan kan semua di pagi hari,
disaat kau bangkit dan berlari,
kini tiba masa utk kamu pergi,
menerokai semua mimpi2 misteri.

rehatkan lah pancaindera puteri,
untuk diguna di siang hari,
bersama kita selami mimpi,
selamat malam wahai bidadari.


Mohammadhafizjaini

Monday 12 December 2011

kaki aku aku punye

Kisah kau dan aku?
Sumpah sampai mati aku tak kan lupe

penah juga kau mencincang hati ni
hancur, sumpah sakit kau tau!

Bkn 1 , bkn 2
Habis jari2 tngan kaki ku guna utk mngira
Smpai ku pinjam jari teman baik disebelahku

Mujur ada teman disebelah
Boleh mmbantu ku mengira

Hilang arah ku
Namun ku kuat kn juga kaki ini
Pasal aku tahu
Kaki ni la yg akan bawa ku
Bkn kaki kau

Boneka tua
6.12.11-2130

JAHIL

Di sudut sempit itu.
Kaku aku.
Mencangkung aku
Tangan dikepala
Geleng kepala ku

Ape yg penah dialir,dikunyah masuk dalam tubuh ku
Panas, busuk, jijik
Kejahilan yg tersinggah
Ku telan jua
Iginkan kepuasan katanya
Igin cuba segalanya juga katanya

Tidak penah takut
Akan catitan di bahu kiri

Tidah penah ade setitik ketakutan
Tidak penah ade setitik rasa bersalah
Biarpun setitik
Aku rasa ia mencukupi bila ia terkeluar dari minda sempit ini
Minda yg penuh kejahilan

Salah? Dosa?
Ya, itu pasti

Tapi
Hasutan laknat langsung menjadi.

Di sudut sempit itu
Ku hentuk kepala ini

Ku mahu berhenti
Ku mahu tinggal kn gelap yang jahil ini
Ku mahu peronyok kan kejahilan itu dan ku mahu lontarkan nya ke dalam lubang sampah yg memang sesuai dengan nama nya


Mohammad hafiz jaini
6.12.11 - 0600