Sunday 18 December 2011

boneka

Ya..aku seperti kamu
Punya mata
Punya teliga
Hidung
Mulut
Semua anggota badan
Yang kau ada aku ada

Tapi aku tidak bernyawa
Tidak punya hati
Dan perasaan
Seperti yang kau ada
Ya..itulah aku
Si boneka

Aku hanya mampu mengikut arahan
Arahan yang tuan ku berikan
Tali ini lah yang menggerak kan ku
Yang di jaga oleh jari-jarinya

ditarik tali ke kiri
Ke kiri lah aku
Ditarik tali ke kanan
Ke kanan lah aku
Aku tidak mampu melawan
Kerana aku hanya lah boneka

jika aku diberikan sedikit kekuatan
Akan ku lepaskn diri ini
Bebas tanpa tali-tali itu
Yang sentiasa menghad kan pergerakan ku
tanpa tali itu aku tahu dan yakin
Aku mampu bergerak bebas
Bebas seperti kamu
Tapi aku tahu aku tidak mampu
Kerana aku boneka

Jangan lah kamu menjadi seperti ku
Kerana kamu punya ape yang aku tiada
Kamu punya kekuatan itu

Mohammadhafizjaini
19.12.11. 0125

No comments:

Post a Comment